3 Level Penting Yang Anda Perlu Tahu, Untuk Bina Sales Funnel Yang Convert?

Salah satu strategi digital marketing yang powerful adalah sales funnel, yang mampu convert.

Dalam post ni, saya nak kongsikan lebih mendalam apa tu sales funel, apa fasa yang ada dalam sales funnel dan bagaimana bina sales funnel untuk bisnes anda.

Jom kita teruskan..

Sales Funnel, Apa Tu?

Mungkin ada yang belum tahu lagi sales funnel ni.

Sales funnel adalah flow journey yang prospek perlu lalui untuk jadi customer.

Dengan adanya sales funnel, kita boleh educate prospek mengenai produk kita supaya mereka membeli produk kita.

Kita perlu faham, apa yang berlaku dalam setiap level sales funnel kerana kita boleh improve cara prospcting dan optimize kempen marketing kita.

Ada 3 level dalam proses sales funnel:

  1. Top of the funnel (TOFU)

Inilah fasa pertama untuk dapatkan perhatian dari audience.

Mereka ni mungkin belum kenal brand bisnes kita lagi, dan tak tahu mengenai produk kita.

Mereka ni berada di platform sosial media. Jadi kita perlu bina iklan yang mampu tarik perhatian dalam tempoh 8 saat, kerana kita perlu bersaing dengan ramai competitor.

Goal utama kita dalam level ni adalah untuk tukar audience yang nampak iklan kita, kepada lead.

  1. Middle of the funnel (MOFU)

Dalam level ni, kita dah filter audience yang kecil dan lebih berkualiti.

Mereka yang dah masuk dalam sistem sales funnel kita, adalah target audience yang berpotensi jadi customer kita.

Ini adalah lead yang sedang mencari solution untuk selesaikan masalah mereka.

Matlamat utama kita adalah untuk menarik minat mereka supaya dapatkan produk kita.

Jadi, kita perlu tunjukkan kenapa produk kita ni dapat bantu mereka.

Kita perlu bagi content yang menjawab segala objection dan soalan mereka.

  1. Bottom of the funnel (BOFU)

Level terakhir, kita boleh jual produk secara direct.

Kita perlu berikan offer yang power, dan explain kenapa mereka perlu membeli produk kita, bukannya dari orang lain.

Nak tingkatkan lagi sales? Kita boleh upsell atau croess sell produk, supaya mereka membeli lebih dari satu produk.

4 Fasa Sales Funnel

Ok, sekarang anda dah tahu 3 level yang ada dalam sales funnel.

Anda dah tahu customer journey dan proses bagaimana mereka boleh tukar jadi customer.

Seterusnya..

Saya nak kongsikan 4 fasa sales funnel. Dalam setiap fasa ni, apa content yang kita boleh buat untuk bakal customer kita.

  1. Awareness

Kita perlu kenalkan brand kita, dengan guna content yang valuable kepada audience kita.

Cara paling mudah nak capai audience adalah marketing di sosial media.

Nak berniaga secara online, kita wajib ada sosial media, kerana consumer lebih percaya brand yang nak engage dan ada support yang bagus.

Ada beberapa cara gunakan sosial media untuk tarik audience:

  • Social media ads:

Guna facebook ads, instagram ads atau tik tok ads untuk tarik audience ke dalam sales funnel kita.

Kita boleh ajak mereka untuk klik link page, tanpa menjual sebarang produk.

  • Infographics:

Design infografik yang menarik dan mudah difahami. Audience lebih mudah tertarik dengan grafik, berbanding teks.

  • Video:

Buat video yang informative mengenai produk, post di sosial media dan youtube.

  • Blog:

Tulis content untuk blog yang relevan dengan brand kita. Gunalkan keyword yang biasa orang cari, dan selesaikan masalah.

Pastikan content tu relevan dengan prospek, yang sedang mencari solution.

Boleh baca komen dan soalan di sosial media untuk dapatkan idea baru. Kita tulis artikel baru untuk jawapkan soalan mereka.

  1. Interest

Fasa ni adalah lead generation.

Kita perlu bina relationship dan engagement yang kuat, untuk bantu prospek.

Kita perlu bina satu landing page dan form, untuk dapatkan database mereka.

Tapi, audience tak akan bagi database mereka, tanpa dapat sesuatu.

Jadi kita kena la buat lead magnet sebagai umpan untuk dapatkan database prospek.

Antara jenis lead magnet yang kita boleh buat:

  • checklist
  • webinar
  • video training
  • Cheat sheet
  • Online course

Kita boleh bagi secara percuma, atau jual dengan harga yang murah.

Fokus utama lead magnet, adalah untuk selesaikan satu masalah audience.

Dengan cara ni, mereka lebih mudah nak beli produk upsell kita nanti.

  1. Decision

Sekarang, lead dah tahu mengenai brand kita, mereka dah buat research mengenai produk kita, dan dah bersedia nak beli produk kita.

Cuma mereka masih lagi berfikir dan buat comparison dengan produk pesaing.

Jadi macam mana cara nak yakinkan mereka supaya beli produk kita?

  • Share testimoni, feedback dan review customer
  • Bagi extra offer yang power seperti diskaun, combo, bonus, free gift dan lain-lain. Buatkan offer yang mereka tak boleh tolak.
  • Buat product demo, supaya mereka nampak cara guna produk tu dengan lebih jelas.
  • Listkan FAQ yang boleh menjawab semua objection mereka

Bila mereka dah yakin, barulah mereka sanggup bayar.

  1. Purchase

Fasa terakhir dalam sales funnel, kita kena tukarkan lead jadi customer.

Lepas mereka dah jadi customer, kita kena pastikan mereka berpuas hati. Barulah mereka jadi repeat customer.

Macam mana nak buat?

  • Kita buat survey, minta mereka pendapat dan cadangan untuk buat improvement.
  • Buat loyalty program seperti reward point, membership dan discount.
  • Buat customer support, ajar mereka cara guna produk. Offer free extra servis yang boleh bantu mereka.

Kenapa Perlu Ada Sales Funnel?

Pernak tengok website? Ada macam-macam info, kan? Fungsi website adalah untuk company branding, bukannya untuk conversion lead dan sales.

Sebab itulah, kita perlu susun sales funnel dengan flow yang betul.

Sebelum buat sales funnel, kita perlu kaji prosesnya..

  • Design sales funnel map dari page pertama, sehingga la ke thank you page.
  • Kena kerjasama dengan team, untuk lihat flow sales funnel yang terbaik.
  • Review dan fahami sales funnel, supaya kita dapat lihat lebih jelas macam mana kira data untuk setiap fasa.

Apa kelebihan bisnes kita bila guna sales funnel?

  • Kita dapat susun offer dengan lebih efektif.
  • Kita dapat hantar mesej yang betul, kepada audience yang targeted.
  • Kita dapat tukarkan lead kepada customer dengan lebih mudah.
  • Kita dapat bina customer yang setia, yang sentiasa beli produk kita walaupun harga mahal.
  • Kita dapat filter audience yang berkualiti, lebih targeted dan lebih mudah convert.
  • Kita lebih mudah pantau data dan metrik sales funnel seperti page view, conversion rate, ROI dan lain-lain.

Jadi team marketing dan team sales lebih mudah bekerjasama, untuk tingkatkan lagi jualan bisnes kita.

Apa Nak Buat Kalau Sales Funnel Gagal?

“Saya dah dapat banyak lead, tapi tak ramai buat pembelian. Kenapa ya?”

Bila sales funnel tak convert, kita perlu cari puncanya.

  • Audience tak berkualiti
  • Offer tak cukup power
  • Kurang engagement
  • Proses pembelian yang susah
  • Ada masalah semasa buat bayaran

Jadi, kita kena check data dan perlu improve.

Kita kena follow up balik database dan buat retargeting ads.

Macam Mana Buat Sales Funnel?

Untuk bina sales funnel, ada 4 page utama yang perlu ada:

  1. Squeeze page
  2. Sales page
  3. Checkout page
  4. Thank you page

Tapi, macam mana nak buat semua page ni?

Kita boleh upah web designer yang berpengalaman dalam membina sales funnel.

Mereka akan bantu buatkan semua dari A-Z.

Jadi, anda dah tak perlu lagi pening kepala kerja-kerja teknikal, dan boleh fokus buat sales & marketing.

Nak buat sendiri? Saya rekomen anda gunakan systeme.io, sebab sistem ni dah complete dan mudah nak setup.

Anda hanya perlu drag & drop je.

Sistem ni dah siap sistem email marketing untuk automation.

Paling best, ada pakej free lifetime untuk and try basic features.

Nak belajar cara guna sistem ni?

Anda boleh tonton video training di bawah ni secara percuma je!

Harap perkongsian bermanfaat untuk anda.

Kalau anda masih lagi tak faham, dan perlukan bantuan untuk bina sales funnel, boleh je hubungi saya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *