Kenapa Bisnes Anda Perlu Ada Sales Funnel? Ini Sebabnya…

Kalau anda ada jual produk secara online, sebenarnya anda dah ada sales funnel.

Cuma anda ada perasan atau tak je.

“Apa tu sales funnel? Tak pernah dengar pun!?”

Okay, dalam post ni, saya akan terangkan satu per satu.

Secara ringkas, sales funnel n adalah proses dan flow, macam mana nak tukarkan dari trafik untuk jadi lead, kemudian tukarkanya menjadi customer.

Inilah proses dalam marketing.

Sebagai seorang marketer, kita perlu tarik seramai mungkin trafik ke dalam sales funnel anda.

“Saya tak faham la..”

Jangan risau, teruskan baca post ni, sebab saya akan explain kenapa sales funnel ni untuk bisnes anda..

Apa Tu Sales Funnel?

Saya bagi contoh mudah dalam real life..

Kita jalan-jalan ternampak satu kedai baju. Kita masuk kedai tu, jalan-jalan sambil lihat pelbagai fesyen dan design yang cantik.

Datang pula sales assistant, melayan kita. “Hai, selamat datang. Ada apa yang boleh saya bantu?”

Kita bagitau la..”Saya nak cari baju kemeja untuk pergi kerja..”

Sales assistant tu pun bawakan kita ke bahagian baju kemeja.

Dia akan explain dari segi saiz baju, harga, warna dan offer.

Kita pun rasa suka, dan nak pergi buat bayaran di kaunter, dan keluar dari kedai.

Faham tak? Inilah sales funnel.

Proses ni sama je macam kat website, cuma kita je yang tak nampak.

Cuba bayangkan sales assistant tu jadi sales page kita. Boleh nampak, kan?

Sebab tu, setiap fasa dalam sales funnel tu ada page yang berbeza-beza. Itu saya akan share dalam post yang lain ye..

Kenapa Sales Funnel Penting?

Kita dapat filter customer yang tepat dan lebih berkualiti. Kita tak nak jual kepada semua orang.

Kita dapat kawal kos marketing dengan elbih efektif. Kita dapat lihat berapa kos yang labur, dan berapa ROI kita dapat.

Kita dapat tingkatkan conversion rate. Kita boleh offer upsell, cross sell atau downsell dalam proses sales funnel.

4 Fasa Dalam Sales Funnel

Kalau anda biasa tulis iklan jual produk, anda mesti tahu formula AIDA, iaitu Attention, Interest, Desire dan Action.

Setiap fasa ni perlukan mesej yang berbeza. Kita perlu tahu apa mindset customer bila mereka masuk ke dalam fasa-fasa ni.

Bila salah mesej, ini akan effect kepada flow sales funnel kita.

  1. Attention (Awareness)

Ini fasa paling atas dalam sales funnel. Kita nak kenalkan brand bisnes kita kepada umum.

Kita akan gunakan konten untuk tarik perhatian audience di sosial media.

Kita juga perlu engage dengan audience untuk bina trust.

Kenapa? Sebab kita nak tarik mereka ke dalam fasa sales funnel yang seterusnya.

Dalam fasa ni, ada juga customer yang terus buat pembelian, kalau mereka betul-betul perlukan produk kita.

Tapi peluang ni agak rendah.

  1. Interest (Consideration)

Sekarang, kita dah ada prospek, audience yang berminat dengan produk.

Mereka masih lagi perlukan maklumat lanjut. Jadi kita kena bagi lebih banyak info produk, review, testimoni, faq atau demo.

Kita boleh jual secara soft sell je.

Banyakkan sharing content yang boleh bantu prospek, selesaikan masalah mereka.

  1. Desire (Decision)

Prospek dah buat keputusan membeli, cuma mereka masih belum bertindak buat bayaran.

Jadi kita kena sediakan offer yang boleh push mereka untuk take action.

Nak offer apa? Boleh bagi free shipping, diskaun, free gift dan maca-macam lagi.

Letakkan tarikh, masa atau kuota yang terhad, supaya mereka tak bertangguh lagi untuk buat pembelian.

Offer ni mestilah berlainan daripada pesaing. Barulah kita boleh jadi pilihan utama prospek.

  1. Action

Fasa terakhir dalam sale funnel. Customer dah buat pembayaran.

Kita dah boleh deliver produk.

Selesai ke? Belum lagi.

Ada fasa seterusnya yang lebih penting!

Kita mesti la nak dapatkan repeat dan customer yang setia.

Apa perlu buat? Kita boleh emel dan sms terima kasih, minta feedback, bina rapport dan customer support.

Bila kita berikan offer baru, mereka ini lebih mudah membeli lagi, tanpa kita perlu keluarkan kos marketing.

Tips Bina Sales Funnel.

“Macam mana nak bina sales funnel yang convert?’

Ok, saya nak share beberapa tips dan triks:

  1. Kenal target audience

Sebelum bina sales funnel, kita kena kena siapa sasaran target audience yang tepat dengan bisnes kita.

Bila kita kenal audience dengan lebih deep, kita lebih mudah bina sales funnel yang mampu convertkan prospek ke customer.

Kita tak boleh jual produk kepada semua orang. Kita perlu fokus kepada target audience yang perlukan produk kita.

Contoh, kita nak jual gajet kepada orang muda. Kita perlu gunakan creative dan copywriting yang relevan dengan target audience kita.

Kita kena pantau juga customer behavior dan online activity.

Macam mana mereka buat pembelian? Apa yang mereka minat? Mereka lebih suka whatsapp, atau beli di website? .. dan lain-lain lagi.

Bila kita dapat semua data audience ni, kita dapat adjust sales funnel yang sesuai dengan mereka.

  1. Tarik perhatian target audience

Kita perlu marketingkan sales funnel bisnes kita, dan tarik audience masuk ke dalamnya.

Kita kena promote di platform yang bakal customer kita ada. Adadakah di facebook? Instagram? Tiktok? Twitter?

Boleh buat advertising, paid review atau influencer marketing.

Buat creative dalam format yang sesuai seperti video, gambar, blog dan lain-lain.

  1. Bina landing page

Kita perlukan landing page untuk bina sales funnel, supaya proses ni jadi automation.

Contoh landing page dalam sales funnel:

  • Squeeze page
  • Sales page
  • Check out page
  • Thank you page

.. dan banyak lagi.

Macam mana nak buat landing page? Ada 2 cara:

  1. Upah Web Designer

Kita boleh upah web designer yang ada pengalaman dalam membina sales funnel.

Kos upah, antara RM1,500 ke RM2,500 untuk satu sales funnel.

Kalau anda ada bajet, boleh dapatkan servis saya.

  1. Guna Sales Funnel Builder Systeme.io

Tak ada banyak bajet? Anda gunakan sistem sales funnel funnel builder seperti systeme.io, yang dah complete untuk bina sales funnel.

Ada pakej free dan pakej bayaran bulanan.

Anda boleh buat sendiri dulu sales funnel guna sistem ni.

Kalau anda nak belajar cara guna sistem ni, anda boleh tonton video training secara percuma di link bawah ni.

Semoga sharing ni boleh bantu anda lebih faham, kenapa bisnes kita perlu ada sales funnel.

Kalau anda ada sebarang soalan atau perlukan bantuan untuk bina sales funnel bisnes anda, boleh terus hubungi saya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *