Kenapa Bisnes Anda Perlu Ada Website? Ini Sebabnya..
Kalau korang tengah terfikir nak bukak bisnes online tapi masih ragu-ragu nak ada website ke tak, jangan risau, sebab hari ni kita nak bincang pasal benda tu betapa pentingnya.
Memang betul la, zaman sekarang ni macam-macam benda boleh buat online, dari shopping sampai la booking makanan.
Mengapa Perlu Ada Website Untuk Bisnes Online?
Dulu, kalau ada kedai kat pasar, orang pun datang jugak beli kalau perlu.
Tapi sekarang, orang tak nak susah-susah.
Dorang nak cari produk, cari maklumat, semua nak guna phone je.
Kalau bisnes kita tak ada dalam dunia maya, macam ketinggalan zaman sikit.
1. Credibility dan Professionalism
Website yang profesional memberi kesan positif kepada pelanggan.
Mereka akan lebih yakin untuk berurusan dengan bisnes yang ada platform dalam talian kerana nampak lebih serius dan dipercayai.
Kalau korang cuma guna platform sosial je, tak salah, tapi korang nampak macam tak serius dalam bisnes.
Bila ada website, korang akan nampak lebih pro.
Orang akan percaya lagi kat bisnes korang.
2. Menyediakan Maklumat yang Lebih Lengkap
Berbeza dengan ruang terhad dalam kedai fizikal, website memberi peluang untuk menyediakan maklumat yang lebih lengkap tentang produk atau perkhidmatan kita.
Pelanggan boleh membaca ulasan, melihat gambar, dan mendapatkan semua maklumat yang mereka perlukan sebelum membuat keputusan pembelian.
3. Memudahkan Proses Jualan
Website juga memudahkan proses jualan.
Pelanggan boleh membuat pembelian pada bila-bila masa, tanpa perlu menunggu waktu operasi kedai.
Sistem pembayaran dalam talian memudahkan urusan ini, mempercepatkan proses dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
4. Pengiklanan yang Berkesan
Sama ada melalui Google Ads atau media sosial, website adalah platform yang hebat untuk pengiklanan.
Ia membolehkan kita menyasar pelanggan yang tepat, mengukur keberkesanan kempen, dan mengoptimumkan perbelanjaan pengiklanan.
5. Pemantauan Prestasi Bisnes
Website juga memberi peluang untuk memantau prestasi bisnes.
Dengan adanya Google Analytic, kita boleh mengetahui jumlah pelawat, laman web yang paling popular, dan corak pembelian pelanggan.
Data ini penting untuk membuat keputusan strategik bagi pertumbuhan bisnes.
6. Kedudukan di Enjin Carian
Tahu tak, website yang baik dapat meningkatkan kedudukan bisnes kita dalam search engine seperti Google?
Bisnes kita akan dapat trafik percuma secara organik.
Kalau bisnes kita keluar kat front page, pelanggan akan senang jumpa kita bila cari produk atau servis yang kita tawarkan.
7. Aksesibiliti 24/7 Tanpa Henti
Korang pernah tak terfikir, bila korang tidur, bisnes korang boleh jualan tetap berjalan?
Korang tak perlu berada di kedai 24 jam, tapi website boleh buat jualan 24/7 tanpa cuti rehat. Best, kan?
Website tidak pernah tidur! Pelanggan boleh buat pembelian bila-bila masa, tak kisah malam ke, siang ke, , website kita tetap ON!
Jadi pelanggan tak perlu risau kedai kita tutup, sebab website tak pernah cuti.
8. Memudahkan Proses Pengurusan Stok dan Inventori
Dengan bantuan laman web, kita boleh menguruskan stok dan inventori dengan lebih efisien.
Sistem e-commerce yang ada sistem stock management, yang memudahkan kita untuk monitor stok.
Ini dapat mengelakkan bisnes kita hilang jualan akibat kekurangan stok.
9. Pengumpulan Maklum Balas Pelanggan Secara Segera
Melalui borang maklum balas atau ulasan pelanggan pada laman web, kita boleh mendapatkan pandangan dan maklum balas secara langsung dari pelanggan.
Kita akan dapat idea untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan.
Inilah antara sebab kenapa bisnes online perlu ada website.
Jadi, macam mana? Dah teruja nak buat website untuk bisnes online?
Kesimpulannya, website bukan lagi satu pilihan, tapi satu keperluan dalam dunia perniagaan digital.
Dengan semua kelebihan ini, tidak ada alasan untuk tidak mempunyai website bagi bisnes online.
Ini adalah langkah penting untuk bersaing dalam era digital ini.
Kalau kita nak serius buat bisnes, kena ada website.
Sekarang ni ada banyak platform yang boleh tolong kita setup website dengan mudah dan pantas.
Antaranya wix, weebly dan webflow. Kalau anda nak buat sales page dengan lebih mudah, boleh cuba systeme.io.
Klik butang di bawah untuk belajar cara buat sales funnel guna systeme.io
Semoga perkongsian untuk bermanfaat untuk anda.
Kalau ada sebarang soalan, boleh tanya je di bahagian komen di bawah..